Set Buku Cerita Kanak-kanak (6 Buku)
RM12.00 12 Add to cart

Set Buku Cerita Kanak-kanak (6 Buku)

RM12.00

(9 customer reviews)

Manfaatkan masa anak-anak dengan membaca.

Buku set bacaan kanak-kanak ini mengetengahkan tentang penceritaan haiwan, kehidupan dan sebagainya. Setiap tajuk yang dipaparkan mempunyai jalan cerita yang berbeza dan menarik. Kanak-kanak disajikan dengan cerita yang mampu memberikan impak yang baik dari segi pembacaan, penambah vokabulari dan sebagainya. 

Setiap pembelian akan mendapat 6 buah buku yang menceritakan 6 cerita pendek yang akan anak anda dapat baca apabila anda membelikan mereka buku ini adalah:

Buku 1: Siapa Paling Hebat

Mengisahkan tentang seekor nyamuk dan lalat yang berkawan baik. Nyamuk sering merasa dirinya kerdil lantas cuba menjadi setiap apa yang dilihat. Namun akhirnya, dia mendapat jawapan siapa yang paling hebat sebenarnya.

Buku 2: Jala Memberi Tuah

Buku kedua ini mengisahkan seekor kura-kura yang tersangkut pada jala seorang perempuan tua. Ternyata, kura-kura itu membawa tuah untuk keluarganya.

Buku 3: Maafkan Sahabatku

Buku ketiga mengisahkan tentang katak dan tikus yang bersahabat baik. Namun, satu peristiwa telah berlaku membuatkan tikus menjadi tamak dan hilang rasa kasih kepada sahabatnya, Si Katak.

Buku 4: Si Kumbang yang terselamat

Buku keempat mengisahkan tentang kehidupan haiwan di sebuah tanam yang musnah akibat di racun. Hanya tinggal seekor haiwan yang berjaya melarikan diri. Kisah perjalanannya sehingga di selamatkan oleh seseorang sungguh menyedihkan.

Buku 5: Kucing yang salah sangka

Buku kelima mengisahkan seekor kucing yang ingin bebas daripaada tuannya meskipun dijaga dan dirawat dengan baik. Kucing itu Berjaya melepaskan diri dan hidup di luar. Namun, satu kejadian telah terjadi kepadanya.

Buku 6: Si Pansing yang kerugian

Buku keenam Mengisahkan seorang lelaki yang agak lurus dan baik. Mudah tertipu dengan apa yang didengarkan menyebabkan Si Pansing telah kerugian yang banyak dan besar.

Kos Penghantaran 📦

RM 5 untuk Pembelian bawah RM50.

Flat Rate RM 4 – Pembelian melebihi RM50

Free Shipping – Pembelian melebihi RM120

Kos penghantaran berbeza mengikut kawasan. Anda boleh melihat kos penghantaran sebelum membuat pembayaran di halaman checkout (selepas meletak alamat).

In stock

This item is selling fast!

Preview Buku 1

[dflip id="8316"][/dflip]

Menyeronokkan

Buku cerita yang ditulis dengan grafik yang cantik dan ceria. Anak anda pasti menyukainya dan menjadikan membaca itu satu hobi yang paling menyeronokkan!

FAQ

Most frequent questions and answers

Untuk order sebelum pukul 10am pada hari bekerja, kami akan poskan pada hari yang sama. 

Untuk order selepas pukul 10am, kami akan poskan order pada hari bekerja berikutnya.

Tracking no. akan diberi selepas order Tuan Puan diposkan. 

Apa kata ibu bapa tentang buku ini (9 review)

9 reviews for Set Buku Cerita Kanak-kanak (6 Buku)

  1. Uma (Verified Buyer)

    Buku-buku ini berupaya mendedahkan pembaca dengan kosa kata yang baharu.

  2. Sofinaz (Verified Buyer)

    Anak sangat suka…sekejap ja dah selesai baca

  3. Azima (Verified Buyer)

    Alhamdulillah..anak suka. Begitu juga anak2 di sekolah. Jalan cerita yang menarik dan mudah di fahami.

  4. Muhammad Muiz (Verified Buyer)

    Alhamdulillah.. Dan terima kasih kepada pihak aulad.. Buku yang dibeli amat Berguna dan mudah untuk difahami. Tahniah aulad..

  5. Nor (Verified Buyer)

    Alhamdulillah.. terima kasih geng aulad.. buku buku yang menarik jalan ceritanya. mohon geng aulad keluarkan lagi buku-buku seperti ini.

  6. HARYATI BINTI BASRAN (Verified Buyer)

    Alhamdulillah ank2 suka sgt bila buku ni sampai..terus excited nak bca buku..semua cerita sgt menarik n mudah dfahami..terima kasih geng Aulad mga trus memberi mnfaat

  7. Khazemah khizhir (Verified Buyer)

    Bukunya ringkas dan menarik.

  8. NUR FAIRUZ BINTI MD DARUS (Verified Buyer)

    Bacaan yang sangat bersesuaian dengan anak saya yang berumur 8 tahun. Dia sangat sukakannya.

  9. Nurhayati

    Bahan bacaan yang sangat menarik, anak saya sangat sukakannya.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *