Monday Blues anak-anak ni lain macam. Boleh tenggelam Monday Blues kita.
Proses bangun tidur yang ceria bermula sebelum anak-anak tidur pada hari sebelum itu
Apa ibu dan ayah boleh cuba buat malam ni untuk kurangkan Monday Blues anak-anak besok.
*Ini adalah rutin kami dan anak-anak. Alhamdulillah sangat membantu.
- Berhenti tonton TV dan penggunaan apa-apa peranti yang berskrin bermula jam 7pm. Peranti ini akan mengeluarkan ‘blue light’ (tiada kena mengena dengan Monday Blues) yang akan membuatkan anak anda susah nak tidur.
- Ajak anak tidur awal. Luangkan masa dengan anak-anak lebih awal di bilik tidur. Ini akan mengurangkan keresahan mereka untuk tidur.
- Masa di bilik tidur ibu / ayah boleh bacakan buku. Baca surah-surah lazim dan apa-apa aktiviti yang menenangkan.
- Jangan ajak anak main lompat katil. Kita nak penatkan dia, kita yang penat dan tidur dulu nanti. Aktiviti fizikal akan stimulate mereka dan membuatkan mereka jadi aktif.
- Sebelum tidur terangkan dekat anak besok dia perlu sekolah. Cakap dekat dia ‘ayah suka la tengok ahmad bangun tidur elok-elok macam hari tu.’ Atau apa2 pujian yang buatkan mereka proud.
- Besoknya cuba kejut mereka awal sedikit. Mereka perlukan masa untuk settle down dari tidur mereka.
- Kejut berperingkat. Masa kita bangun tidur kejut mereka dulu. Boleh cuba cakap dengan mereka.. ‘ahmad dah pagi, kejap lagi ayah kejut semula tau.. sekarang ni ayah bagi tidur dulu sekejap’.
- Make it a fun morning.
Benda yang paling penting sekali, anak-anak perlukan rutin. Rutin akan membuatkan mereka lebih mudah untuk membuat sesuatu tanpa paksaan.
Share di wall anda untuk senang rujuk semula tips ini.
Semoga berjaya 🙂
Nak hadiahkan anak buku? Lihat buku best seller kami di bawah.
Baca artikel kami yang lain