Shopping Cart

8 Langkah untuk anak senang bangun pagi.

Monday Blues anak-anak ni lain macam. Boleh tenggelam Monday Blues kita.

Proses bangun tidur yang ceria bermula sebelum anak-anak tidur pada hari sebelum itu

Apa ibu dan ayah boleh cuba buat malam ni untuk kurangkan Monday Blues anak-anak besok.

*Ini adalah rutin kami dan anak-anak. Alhamdulillah sangat membantu.
  1. Berhenti tonton TV dan penggunaan apa-apa peranti yang berskrin bermula jam 7pm. Peranti ini akan mengeluarkan ‘blue light’ (tiada kena mengena dengan Monday Blues) yang akan membuatkan anak anda susah nak tidur.
  2. Ajak anak tidur awal. Luangkan masa dengan anak-anak lebih awal di bilik tidur. Ini akan mengurangkan keresahan mereka untuk tidur.
  3. Masa di bilik tidur ibu / ayah boleh bacakan buku. Baca surah-surah lazim dan apa-apa aktiviti yang menenangkan.
  4. Jangan ajak anak main lompat katil. Kita nak penatkan dia, kita yang penat dan tidur dulu nanti. Aktiviti fizikal akan stimulate mereka dan membuatkan mereka jadi aktif.
  5. Sebelum tidur terangkan dekat anak besok dia perlu sekolah. Cakap dekat dia ‘ayah suka la tengok ahmad bangun tidur elok-elok macam hari tu.’ Atau apa2 pujian yang buatkan mereka proud.
  6. Besoknya cuba kejut mereka awal sedikit. Mereka perlukan masa untuk settle down dari tidur mereka.
  7. Kejut berperingkat. Masa kita bangun tidur kejut mereka dulu. Boleh cuba cakap dengan mereka.. ‘ahmad dah pagi, kejap lagi ayah kejut semula tau.. sekarang ni ayah bagi tidur dulu sekejap’.
  8. Make it a fun morning.

Benda yang paling penting sekali, anak-anak perlukan rutin. Rutin akan membuatkan mereka lebih mudah untuk membuat sesuatu tanpa paksaan.

Share di wall anda untuk senang rujuk semula tips ini.

Semoga berjaya 🙂

Nak hadiahkan anak buku? Lihat buku best seller kami di bawah.

Baca artikel kami yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Untuk pembelian lebih RM120

(Semenanjung) & RM150

(Sabah, Sarawak & Labuan)

Ambil di pejabat kami

Untuk pembelian sekitar

Kajang & Bangi

100% Selamat

FPX / MasterCard / Visa /

TnG E Wallet / Boost E Wallet

melalui SenangPay

Sejak 1987

Menerbitkan buku kanak-kanak

sejak 1987